Setiap individu sememangnya mengimpikan kediaman singgahsananya dikelilingi landskap yang menarik lagi indah. Sejuk mata memandangkan sekiranya rumah idaman kita dipayungi rumput landskap (bukannya lalang maupun semak samun yea....he...he...he...), dedaun maupun bunga-bungaan yang mekar segar. Namun kadang kala kekangan masa, kudrat tenaga, imaginasi kreatif, kewangan dan limitasi tanah membantutkan angan-angan indah kita tadi. Namun, anda jangan risau.
Pada 'post' blog kali ini, saya Cikgu Samurai @ Imaginasi Kreatif akan memaparkan tips untuk membina taman mini serba ringkas dengan kos yang minimum dan tidak memerlukan kawasan yang terlalu luas. Tanah sekangkang kera boleh dihias indah jika kena pada gaya & tata hiasnya. Tidak perlu menunggu hingga anda mempunyai rumah sebesar rumah agam / istana maupun tanah seluas lautan biru baharu nak buat taman bunga mini ini.
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN :
1. Item @ alat kerja tangan (hand tool) yang bersesuaian.
- Tajak & serampang tangan - untuk membersihkan rumpai atau meratakan tanih di tapak lokasi taman mini yang ingin didirikan.
- Cangkul atau sudip tangan - untuk menggembur medium tanaman.
- Penyodok (skop).
- Pongkes.
- Sarung tangan.
- Alat penyiram air / hos air.
Batu-batu ini anda akan gunakan sebagai benteng / tembok kepada batas tanaman bunga anda nanti, batu-batu ini anda boleh beli atau dapatkan daripada mana-mana nurseri pertanian, kawasan kuari, tepi sungai dan sebagainya. Boleh juga dapatkan batu-batu asli secara percuma daripada sungai, bukit, gunung dsb. (tapi kena rajin la...He...he...he....).
3. Medium tanaman yang bersesuaian (tanah loam + nutrien @ baja organik (tahi @ tinja binatang) + pasir sungai yang dicampur sebati dalam nisbah tertentu seperti 2:1:1 atau 3:2:1).
4. Bunga-bunga hiasan.
Banyak cara untuk mendapatkan sumber bunga-bunga hiasan inidi antaranya ialah anda menyemai sendiri bji benih. Selain itu, anda boleh minta belas ikhsan daripada individu kaki bunga @ suka tanam pokok bunga (boleh dapat percuma lagi tu.......) atau beli terus daripada mana-mana nurseri.
LANGKAH PENYEDIAAN KERJA :
LOKASI.....Cari lokasi & kedudukan yang anda rasa sesuai dan strategik untuk membina taman bunga mini.
|
TUGASAN MEMBERSIH.....Bersihkan kawasan sekitar dengan merumput
(buang rumput) dan menggembur tanah.
|
PERTAMA : Langkah awal yang boleh anda lakukan adalah dengan menentukan atau mencari lokasi taman bunga mini itu hendak dibina / dibangunkan. Anda carilah mana-mana sudut atau penjuru yang sesuai, strategik & menarik. Jika lokasi yang dipilih itu boleh dijadikan sebagai titik fokal landskap kediaman anda, itu lagi bagus. Satu bonus buat diri anda. Macam saya, saya lebih suka menekankan penggunaan ruang tanah sedia ada secara optimum. Guna aje tanah yang sedia ada. Jadi, saya memilih kawasan yang terletak berhampiran longkang yang mempunyai sedikit ruang keluasan tanah untuk mendirikan taman bunga mini. Sila ukur & buat anggaran kasar ukuran taman bunga mini tersebut. Misalnya jika keluasan tanah itu agak kecil seperti berkeluasan 5' x 5' (kaki), anda buatlah taman mini berbentuk segi 4 seluas 4' x 4' atau 4' x 5'. Selain itu, jika anda seorang yang kreatif, anda juga bebas membuat bentuk taman mini itu dalam pelbagai variasi bentuk, sama ada berbentuk segi 4 sama (square), segi 4 tepat (rectangle), segi 3 (triangle), bulatan (circle), segi 5 @ poligon (poligon), segi 6 @ heksagon (hexagon), segi 8 @ oktagon 8 (octagon), segi 10 (decagon) dan sebagainya (ikut kreativiti anda sendiri).
KEDUA : Setelah berjaya mengenal pasti lokasi, mulakan dengan kerja-kerja pembersihan & merumput (buang rumput) di kawasan tersebut. Bersihkan tapak yang ingin dijadikan taman bunga mini tadi. Kutip / buang sampah sarap, batu-batu kasar, akar-akar pokok dan rumpai dengan tangan, serampang tangan atau tajak / cangkul & pongkes. Nak mudah & pantas, anda boleh guna mesin rumput atau meracun.
Jika anda berhasrat nak menyimen pada permukaan lantai lokasi taman mini yang dipilih sebelum ini, hmmm.....tidak mengapa. teruskan hasrat murni anda itu. takde sape nak marah. Namun, kalau boleh anda simenlah lantai itu pada ketebalan yang nipis sahaja. Ala kadar aje (jangan terlalu tebal). Setelah itu anda tuangkan medium tanaman di atas lapisan simen yang nipis tadi. Tapi sebelum menuang mediuam semaian, disyorkan anda gemburlah tanah sedia ada itu terlebih dahulu bagi membaiki struktur tanah & pengudaraan dalam tanah. Jika tanah terlalu berasid atau masam (nilai pH < 7), anda boleh taburkan kapur (kapur pertanian @ calcium carbonate, dolomite , batu kapur dsb.) bagi tujuan peneutralan dan membunuh mikroorganisma atau serangga perosak yang kecil. Kapur bersifat alkali dan sesuai digunakan untuk mengurangkan keasidan / kemasaman tanah tadi. Nak tahu tanah itu berasid atau sebaliknya ? --> Sila guna
![]() |
TANAH CAMPURAN 6 IN 1...... Tanah ini boleh dijadikan
medium tanaman & mudah diperolehi di mana-mana nurseri pertanian. |
KETIGA : Gunakan nisbah campuran medium tanaman meliputi tanah loam, bahan nutrien (baja) dan pasir sungai pada nisbah kadar campusan betul & tepat, sama ada 2:1:1 atau 3:2:1 .
Kalau dapat tanah atas (top soil) dari hutam yang hitam legam lagi subur, itu lagi bagus. Namun, sukar untuk kita mendapatkan tanah loam atau tanah atas (top soil) jika menetap di kawasan bandar. Alternatif, anda boleh guna tanah merah / tanah bakar (batu bata halus yang dibakar) yang dicampurkan dengan tanah campuran (mix soil) 5 dalam 1 @ 6 dalam 1 . Seterusnya, gaulkan kesemua medium tanaman itu dengan penuh rasa kasih sayang sehingga sebati & bercampur baur semuanya. Gaulkan
Bahan organik selaku nutrien kepada tanaman boleh diperolehi daripada najis @ tinja binatang (tahi ayam, tahi kambing, tahi lembu, tahi kelawar dsb.). Baja asli @ organik ni boleh diambil daripada penternak haiwan ternakan atau membeli di nurseri-nurseri pertanian (biasanya dalam bentuk palet yang telah siap dibungkus). Selain itu, anda boleh gunakan bahan kompos & baja organik (komersial atau buat sendiri) selaku 'plant booster' untuk mempertingkatkan lagi kandungan nutrien & humus dalam tanah. Pasir sungai digunakan untuk membantu pengaliran air pada tekstur dalam tanah (agar tanah tidak terlalu 'padat' & mengeras). Pasir sungai ini bertekstur kasar & sukar diperolehi di pasaran. Jika tiada pasir sungai, anda boleh beli pasir biasa yang boleh didapati & dibeli di mana-mana kedai perkakasan (hardware). Tak kisahlah anda nak beli pasir halus atau pasir kasar. Tak digalakkan anda menggunakan pasir laut yea (kang terlebih masin pulakkkkkk..................).
KEEMPAT : Buat batas tanaman dengan menggunakan medium tanaman tadi dan kemudian diakhiri dengan membina tembok / benteng dengan menggunakan batu-batu besar tadi. Anda juga boleh buat cara sebaliknya, iaitu menyusun batu-batu besar terlebih dahulu mengikut bentuk yang dingini. Setelah itu, barulah dituang campuran medium tanaman tadi. Gembur-gemburkan medium tanaman itu berulang kali agar tekstur tanah tidak terlalu padat. Dalam contoh tutorial DIY ini, saya, Cikgu Samurai @ Imaginasi Kreatif hanya menyusun batu-batu besar tadi dengan cara menindih / menindan antara satu sama lain kerana batu-batu itu sendiri sudah berat. Cuma, pastikan batu-batu besar tadi dalam keadaan stabil (agar ia tak runtuh).
Saya sebenarnya suka akan sebuah taman mini yang bersifat mudah alih (portable). Senang nak alih-alihkan untuk perancangan akan datang. Tapi jika anda berhasrat nak buat taman bunga mini yang kukuh & kekal (tak mudah alih), anda boleh jadikan ia kekal secara 'in-situ'. Anda hanya perlu kukuhkan ikatan tindanan setiap batu-batu besar tadi dengan bahan pengikat batu seperti berikut :
- simen kapur (mudah dipecah & dialihkan pada masa akan datang).
- simen biasa / simen Portland (akan kekal selama-lamanya).
- putih telur (ni stail orang zaman dulu-dulu - masa tu simenpun takde lagi.......).
Batu-batu ini anda akan gunakan sebagai benteng / tembok kepada batas tanaman bunga anda nanti, batu-batu ini anda boleh beli atau dapatkan daripada mana-mana nurseri pertanian, kawasan kuari, tepi sungai dan sebagainya. Dalam contoh ini, saya mengutip batu-batu besar daripada tanah-tanah merah (ketika kerja-kerja menurap jalan tanah merah - perlu minta kebenaran terlebih dulu yea....).
BENTENG / TEMBOK.....Batu-batu besar akan digunakan sebagai benteng atau tembok pada batas tanaman. |
Banyak cara untuk anda mendapatkan bunga hiasan ini, di antaranya :
(a) Minta belas ihsan daripada keluarga, rakan taulan atau jiran tetangga yang memang kaki menanam bunga. Atas faktor hubungan yang sedia terjalin, anda mungkin tidak bermasalah untuk mendapatkan anak-anak pokok hiasan secara percuma. Ini dapat menjimatkan kos anda.
(b) Menyemai sendiri bunga hiasan menerusi biji benih, keratan batang, umbisi tut, dsb. Cara ini mungkin menjimatkan kos namun ia memerlukan masa panjang sebelum ia (tanaman) menampakkan hasil (menunggu pokok menjadi besar). Silap haribulan, anak pokok tak membesar sepertimana yang diharapkan.
(c) Beli terus bunga hiasan daripada mana-mana nurseri pertanian yang terdekat dengan kediaman anda. Cara ini saya syorkan bagi anda kerana ia mudah, pantas dan menjimatkan masa, terutamanya bagi mana-mana individu yang baru menceburi dunia pertanian bunga hiasan ini. Toksah pening-pening kepala. Segalanya telah terhidang di depan mata.
Seperkara lagi, lupa pulak nak bagitau anda semua. Janganlah anda sesekali melaburkan duit yang terlalu banyak semasa membeli bunga semusim yg tidak boleh disemai kembali. Kenapa ? Kerna bunga semusim akan berkembang mekar selama 3 hingga 4 bulan sahaja setelah itu ia terkulai layu menyembah bumi. Cukup sayang 1,000 kali sayang sekiranya anda tidak dapat menyemainya kembali. So, bila anda beli sesuatu pokok hiasan tu, anda tanyalah pada penjual di nurseri pertanian tu tentang sifat asas pokok tu, cara menjaga, cara membaja, cara membiak dsb. Jangan tau nak beli aje. Takut-takut lepas tanam, pokok bunga hiasan tu terus mati buat selama-lamanya (tangan panas kot....he....he....he.......).
KEMBANG MEKAR BUNGA DI TAMAN.........Membina taman bunga mini tampak menawan jika kena gaya & tata hiasnya. |
Akhir sekali, anda jangan lupa membuat servis 'maintenance' taman bunga mini anda secara berkala seperti tips di bawah. Insya-Allah, jika anda membuat seperti yang saya paparkan ini, tanaman bunga anda akan segar bugar sepanjang masa. tidaklah sakit mata dibuatnya.
SERVIS HARIAN
- Jangan lupa, siram pokok bunga setiap hari, sekurang-kurangnya 2 kali sehari pada awal pagi atau lewat petang. Boleh juga anda pasang sistem pengairan air secara titis (dripper) seperti sistem fertigasi atau sistem pengairan air 'sprinklers' (ala....air yang terpancut-pancut & berpusing-pusing tu...).
SERVIS MINGGUAN / BULANAN
- Merumput (buang rumput) bagi mengurangkan persaingan perebutan sumber nutrien, tanah & air antara pokok bunga kesayangan anda dengan rumpai.
- Gembur tanah agar tekstur tanah tidak terlalu padat.
- Cantas atau buang bunga, ranting, daun / pucuk, batang dsb yang layu (boleh aje jadikan ia bahan kompos.
- Mengawal serangan penyakit atau serangga perosak melalui kawalan biologi, racun (racun organik atau racun kimia) dsb.
- Gantikan pokok bunga hiasan yang mati dengan pokok bunga yang baru, khususnya pokok bunga hiasan jenis semusim (jangka hayatnya boleh hidup lebih kurang 3 bulan lamanya).
1. Tanah campuran 5 dalam 1 atau 6 dalam 1.
Harga 1 kampit = RM10.00 - RM12.00.
Keperluan : Ikut keluasan taman bunga mini anda.
2. Pokok bunga hiasan. Harga 1 pokok hiasan = RM5.00 hingga RM15.00.
Keperluan : Ikut keluasan taman bunga mini anda.
3. Baja. Kekerapan : 1 bulan sekali & ditabur pada kuantiti yang sedikit sahaja. Boleh selang selikan penggunaan baja organik dan baja kimia bergilir-gilir secara berkala. Contoh baja organik 2 minggu sekali dan baja kimia sebulan sekali (pada kuantiti yang amat sedikit).
1. Rajin-rajinlahlah menggembur tanah & merumput (membuang rumput).
2. Jangan alpa yea membaja pokok bunga anda dengan baja yang sesuai.
Lazimnya orang akan buat kerja '3 in 1' sekaligus. Didahului dengan kerja-kerja menggembur tanah, diikuti oleh aktiviti membaja & diakhiri dengan kerja-kerja penyiraman (siram air). Anda boleh guna apa jua jenis baja, sama ada baja kimia atau baja organik (terpulang kepada diri anda). Baja pun ada banyak bentuk. Ada dalam bentuk pepejal (biji), cecair, kristal atau serbuk (baja sembuaran atau baja foliar) dll. ada ada baja spesifik untuk sesuatu tanaman tu, boleh jugak anda gunakan sebagai makanan tambahan pada pokok bunga hiasan tsb.